Friday, December 9, 2016

Apa itu catfish?

VERSI MELAYU | MALAY VERSION
Do comment if you want to read this in English.

Kelahiran teknologi berabad yang lalu telah banyak menyumbang kepada produktiviti dan kemampuan manusia secara umumnya. Namun, dalam setiap kebaikan ada buruknya. Internet seperti sedia maklum telah menjadi tuhan dalam mengecilkan ruang dan jarak secara global sesama manusia yang mengizinkan kita untuk bertukar pendapat dengan orang yang tidak kenali. Seronok menambat ikatan silaturrahim, wujud pula insan yang bosan yang ingin tahu perbezaan menjalani kehidupan dalam dunia maya sebagai orang yang lain. Dipendekkan cerita, wujudlah terma moden Inggeris yang hanya segelintir tahu akan maksudnya yang relevan kita kaitkan dengan dunia serba canggih pada hari ini: catfish.

Catfish merupakan satu slang yang digunakan untuk menjelaskan situasi di mana seseorang individu meluangkan hampir sepenuh masa di internet dengan menyamar sebagai orang lain. Dalam skop yang lebih spesifik, tujuan mereka penuh subjektif. Lazimnya, mereka hanya fokus untuk mencari hubungan romantik yang bakal dijadikan jambatan untuk menipu si mangsa dengan wang pada kebiasaannya. Boleh jadi, mereka hanya punya rasa ingin tahu. Benar, mangsa catfish ini selalunya terjadi kepada golongan wanita yang naif dan lebih mudah untuk mangsa jatuh ke lembah penipuan catfish ini sekiranya mangsa buta IT. Hal ini kerana, beribu alasan akan diberi setiap kali mangsa ingin melihat wajah si pembohong seperti selfie atau melalui video call. Itu perkara biasa kerana dari awal lagi tiada apa pun yang benar tentang si penipu ini termasuk latarbelakang diri dan gambar terutamanya oleh itu pelbagai cara akan digunakan untuk menutup lubang penipuan dengan menggunakan gambar artis kacak dan jelita luar negara yang kurang popular. Kalau guna gambar mereka yang dikenali ramai? Pecah tembelang! Oh, satu lagi, jangan terus percaya sekiranya si penipu dengan beraninya menunjukkan diri mereka melalui panggilan video kerana semua itu boleh dipalsukan,

Berhati-hatilah, ramai yang bertanduk disebalik paparan skrin komputer.
Dunia tanpa sempadan katanya.

Amyra,
12092016