Saturday, January 26, 2013

Cerita Kedai Kopi

To make it clear, I'll write in Malay. 

----------------------------------------------



Semalam, Jumaat 25 Januari 2012, sekolah ada buat Sambutan Maulidur Rasul. Antara tetamu yang dijemput adalah Kumpulan Nasyid UNIC & Ust Syed Abdul Kadir. Not going to talk much, cuma nak cerita pasal inti di sebalik satu kisah yang Ust Syed Abdul Kadir dah ceritakan. Sangat bermakna. Lepas dengar je cerita tu terus mata nurani terbuka eceh. And I was like, "Ya, betul betul!" 

Begini ceritanya...


Dalam sebuah kampung, ada seorang orang gila. Namanya Crazi (random). Satu hari, dia panjat sebatang pokok yang sangat panjang dan enggan untuk turun. Kiranya macam nak duduk kat situ buat selamanya. Orang kampung pun mula panik, sibuk fikir macam mana nak buat si Crazi ni turun. Dan mereka dapat idea, dengan menggunakan peras ugut. Bermacam-macam ugutan orang kampung dah gunakan antaranya dengan menggunakan gergaji elektrik untuk menebang pokok tersebut dan sebagainya, tapi si Crazi tetap taknak turun. Maklumlah, orang gila. Setelah cubaan demi cubaan tak menjadi, kemudian, baru mereka teringat yang kampung sebelah pun pernah ada kes macam ni berkaitan orang gila panjat pokok, maka mereka pun ke kampung sebelah untuk minta sedikit nasihat. Orang kampung sebelah pun datang dengan mengugut Crazi untuk turun hanya dengan menggunakan pisau lipat. Ha'a, pisau lipat yang kecik tu. Dan, dengan kelam-kabutnya si Crazi ni bergegas turun. Lantas hairan penduduk kampung Crazi lalu bertanya...

Orang Kampung: "Crazi Crazi, kenapa tadi kami ugut dengan benda yang besar kau taknak turun malah buat tak tahu je? Tapi bila orang kampung sebelah gertak dengan pisau yang kecil tu kau dengan laju turun. Kenapa? Cer citer."

Dan Crazi pun menjawab...

Crazi: "Bukannya korang tak tahu, diorang tu kalau cakap, buat sungguh. Walaupun dengan benda yang kecil. Tapi korang, cakap je lebih, buatnya tidak."

Gulp. Dan orang kampung pun terkedu. Tiada kata mampu menutupi perasaan malu kepada seorang gila.




Natijahnya disini, kalau kita nak lihatkan sebuah transformasi, adalah lebih baik perubahan itu bermula dari diri kita sendiri. Buat apa yang kita nak orang buat, jadi apa yang kita nak orang jadi. Tapi kalau kita rasa kita belum cukup baik untuk nak suruh orang jadi baik, dan membuat keputusan untuk membiarkan kesalahan itu berlarutan, kita salah. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau semua orang dalam dunia berfikiran macam tu, tak mustahil dunia akan jadi lebih huru-hara. 

Penyelesaiannya? Perbetulkan kesilapan, cuba jadi lebih baik dari sebelumnya dan spread the love! Moga apa yang kita nak lihat tu berhasil dan niat baik sentiasa mengiringi kita. 


Till then, Assalamualaikum.



                                                                         ...