Saya masih tiada cita-cita yang spesifik apabila saya dah besar nanti. Tidak berpendirian? Tidak, awak salah. Saya masih tiada cita-cita untuk masa depan saya nanti kerana saya sendiri sedang belajar daripada apa yg sedang saya usahakan di ketika ini. Saya sedang meneliti akan apa yang cuba Allah beri tahu saya atas kurniaan setiap kejadian-Nya kepada saya. Senang kata, SAYA SEDANG BELAJAR.
Saya buat kesalahan, saya membuat kebaikan, saya buat dosa, saya buat pahala. Kerana saya, hanya manusia biasa yang senang berubah dengan aliran persekitarannya. Saya diberi pilihan untuk menjadi apa yang saya mahu, dan saya juga diberi pilihan untuk jadi apa daripada kemahuan saya. BAIK. Ya, itu dia.
" Jadi apa yang anda mahu, kerana ini hidup anda. Jadi apa yang Allah mahu, kerana itulah tujuan kita dihidupkan" - Amyra Abdul Hamid.
