Peace Be Upon You...
Sedih, gembira, ketawa, penat, tenang, tangis, dan pasrah. Kesemuanya sering kita lalui dan rasai. Setiap saat dan detikan waktu hidup, kita luangkan bersama mereka. Sukar untuk mentafsirkan gambaran keperitannya dan kesenangannya. Tanya sama hati, hati jawab 'no comment'. Tanya hal yg sama kepada jiwa, jiwa jawab 'tidak terkata' . Jadi, kesinambungannya? Penghabisannya? Inilah lumrah hidup. Sangat sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Hanya jasad yg terasa getarnya sahaja yg tahu betapa sengitnya pertempuran kehidupan.
Penumpang planet bulat yg bertuah ini pula? Ada diantara mereka berkeprihalan suka menghakimi seseorang tanpa mengambil tahu status si hati empunya badan itu. Tidak terlintaskah di dalam kotak minda mereka tentang peristiwa yg tercalit di sebalik topeng senyuman itu? Lekuk-lekuk riang di wajah seseorang itu sebenarnya tertanam taufan keheningan yang tidak sekali pun menyeberangi lautan fikiran mereka? Rutin hidup mereka yg tidak bersifat prihatin ini hanya tahu mengenal pasti sifat kejadian luaran, bukan dalaman.
Ironinya, hendak melayangkan kad merah kepada mereka sepenuhnya pun tidak boleh juga. Kerana mungkin pemikiran mereka juga sedang diselubungi bayangan kegelisahan. Sehinggakan, masalah sendiri tidak dapat di akhiri. Rumit bukan? Samada rumit atau tidak, sukar atau tidak, kita sebenarnya acap kali terlupa tentang setiap masalah itu sememangnya ada jalan susur keluarnya. Kata orang ' Cakap senanglah, cuba buat? ' . Itulah penghalang debat ini pada dasarnya. Apa yang penting, setiap apa yg kita hadapi dan apa yang kita resapi percayalah bahawa ketenangan di saat kegundahan merasuki diri adalah kunci mahligai penyelesaian kes fail ' masalah hidup ' kita.
Di atas bumi ini, bukan kita sahaja yang menyelami kepahitan ujian itu. Tetapi, semua insan yang tugas hariannya menarik udara segenap angkasa ini. Tidak kiralah yang 'pernah' atau 'sedang'. Buktinya, mereka yg telah menghembuskan nafas yg terakhir pun menghadapi rintangan dan peperiksaan akan mendatang.
Label ' Bukan semua yang baik itu benar-benar baik, dan bukan semua yang jahat itu benar-benar jahat ' . Pendapatku, label itu tidak boleh digantung harap. Kerana, setiap manusia itu akan berubah. Bila dan mengapa, akan kita ketahui kelak. Katanya, 'bukan semua yang baik itu benar-benar baik' . Pastikah kita, seseorang itu akan berterusan buat baik dan jahat? Tiada diantara kita ni yang sempurna. Jadi, kita langsung tidak layak hendak berkata sedemikian rupa. Siapa kita untuk menentukan titik ketetapan seseorang itu? Tuhan kah kita? Pak Belalang kah kita? Tidak bukan? Oleh itu, jangan mudah menganggap kita ni sebagai pengesan teknik fobia seseorang. Cukuplah kita dengan diri sendiri. Itu pun belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak. Hidup oh Hidup.
Sinetron hidup ini sebenarnya lebih panjang episodnya daripada drama Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesia. Dan juga lebih banyak konfliknya daripada drama Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam. Demikian itu, walau tidak menarik mana pun sinetron hidup kita, walau sebosan mana pun opera hidup ini. Ambillah semuanya yang telah di sediakan dari segi skrip dan lakonan ini pada sudut pemikiran positif. Insya Allah, everything will be okay. Put your fully faith with Allah without no compromise. Then, Allah will help you whether you in goodness or badness.
Allah Knows Everything ^_^
...
